top of page
Search
  • d095154

Nota Kuliah: Sekolah dan Pembelajaran


Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘khole’, ‘scola’ atau ‘skholai’ yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar.


Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling (sesuatu) atau keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu). Persekitaran dapat dikaitkan dengan suasana atau budaya sekolah dari segi fizikal, sosial, perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Persekitaran sekolah merupakan kawasan di sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FBK). Persekitaran fizikal di sekolah pula merujuk kepada keadaan yang mana terdapat reka bentuk bilik darjah seperti susunan meja, kerusi, lampu, papan putih, tandas, pusat sumber dan sebagainya. Jadi, ia berfungsi sebagai sokongan iaitu memberikan keselesaan dan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pelajaran di sekolah. Persekitaran psikososial yang sihat adalah tentang keadaan di mana tempat pembelajaran pelajar tersebut selesa dan aman serta bebas daripada segala gangguan yang menjadi ancaman pelajar tersebut. Selain itu, hubungan interaksi antara pelajar dan pelajar, guru dan pelajar, guru dan masyarakat telah menjadikan emosi seseorang pelajar itu dapat merangsang pembelajaran dan meningkatkan pelajaran yang berkesan. Akhir sekali, faktor yang memberikan kesan persekitaran psikologi ini ialah kaedah pengajaran yang dirancang oleh guru, kepimpinan dan komunikasi yang mewujudkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna.


Sekolah Dan Masyarakat


Masyarakat merupakan satu kelompok sosial di mana ahli-ahlinya duduk di satu kawasan tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu. Hal ini kerana kerjasama tersebut dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kelicinan projek-projek kebajikan di sekolah. Hubungan antara sekolah dan masyarakatnya amat rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perhubungan yang sekian lama telah wujud membawa banyak kebaikan dalam proses mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Malah, hubungan sekolah dan masyarakat bagi mendorong minat dan kerjasama masyarakat dalam meningkatkan serta mengembangkan sekolah. Kindred, Balgin dan Gallagher mendefinisikan bahawa hubungan kooperatif untuk menjaga dan mengembangkan saluran maklumat antara dua arah yang efisien serta saling memahami antara sekolah dan masyrakat.


Guru Dan Ibu Bapa


Dalam melaksanakan impian negara untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik. Pelbagai pihak perlu bekerjasama antaranya ialah sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat. Mahat (2007), berpandangan bahawa sekolah perlu mempunyai jaringan hubungan yang mantap dan akrab dengan ibu bapa untuk kejayaan sistem pendidikan negara. Dalam sebuah sekolah terdapat persatuan yang melibatkan ibu bapa dalam perihal anak-anak di sekolah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Menurut Mook (2009), PIBG adalah salah satu pertubuhan daam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka. Ahli-ahli yang aktif boleh menyumbangkan tenaga dan sumbangan kewangan mereka dari semasa ke semasa demi kemajuan sekolah. Pada setiap tahun, sekolah akan mengadakan mesyuarat PIBG atas urusan untuk mengendalikan dan menyelesaikan pemasalahan pelajar sekolah dan anak-anak mereka. Perkara-perkara yang dibangkitkan akan diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut. Jalinan kerjasama yang erat di antara pentadbir sekolah dan peneraju PIBG akan menyakinkan semua warga sekolah dan waris pelajar iaitu ibu bapa bagi membawa kejayaan gemilang kepada sekolah.






4 views1 comment

1 comentario


akilaesahak
08 jun 2021

😀

Me gusta
bottom of page