top of page
Search
d095154

Nota Kuliah: Teori Sosiologi Pendidikan

Updated: Jun 5, 2021

KPS3014 (Pengurusan Pembelajaran)

  • Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek dalam kajian


  • 3 teori utama:

Fungsionalisme, Konflik, Interaksionisme



1. FUNGSIONALISME


Teori yang nengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri [ada tujuan dan keperluan tertentu] dan struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.


2. KONFLIK


Teori yang menganalisis konflik-konflik dalam dalam struktur masyarakat. Mengkritik kapitalisme dan mempunyai persoalan mengenai sama ada struktur-strukur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.


3. INTERAKSI SIMBOLIK


Melihat bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Seterusnya melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol adalah sangat kompleks.







3 views0 comments

Commentaires


bottom of page