top of page
Search
Writer's pictureHannatul Akila binti Esahak

Organisasi dan Kepimpinan (Kelebihan & Kekurangan).

Updated: Jun 5, 2021

Setiap jenis kepimpinan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


 

Ciri-ciri kepimpinan


  • Kepimpinan Autokratik:

- Kepimpinan autokratik merupakan kepimpinan satu hala antara pemimpin dan orang yang dipimpin. Arahan perlu diterima tanpa soal daripada pengetua kepada guru ataupun daripada guru kepada murid semasa berada di sekolah. Pemimpin gaya ini menjalankan kawalan ketat dan kurang mempercayai orang bawahan dan tidak menggalakkan percambahan idea.


  • Kepimpinan Demokratik:

- Kepimpinan demokratik adalah liberal dimana pengetua akan berbincang dengan guru sebelum melaksanakan apa-apa aktiviti sekolah. Pandangan orang pimpinan seperti guru dan murid akan didengar, diterima dan keputusan perbincangan akan dibuat berdasarkan undian majoriti.


  • Kepimpinan Laissez-Faire

- Kepimpinan laissez faire adalah bertentangan dengan kepimpinan autokratik kerana gaya ini memberikan kebebasan yang luas kepada orang pimpinan untuk membuat keputusan mereka. Contohnya, pengetua dan guru-guru bertindak sebagai pemerhati senyap dan kurang memberi kawalan serta pandangan dalam aktiviti yang dijalankan.


  • Kepimpinan Kontigensi

- Kepimpinan kontigensi tiada jenis kepimpinan yang khusus daripada pemimpin. Ini bermakna, kepimpinan adalah mengikut situasi. Sebagai contoh, pemimpin mengambil kira keadaan sosial, tempat ,masa dan sebagainya dalam memimpin. Kepimpinan ini dikatakan efektif kerana pemimpin yang fleksibel dalam memimpin.




Kelebihan dan Kekurangan Setiap Jenis Kepimpinan


Untuk kepimpinan autokratik, kelebihan gaya ini adalah apabila ia diaplikasikan di dalam organisasi yang mempunyai ahli yang pasif seperti kurang bergaul dan kurang mengambil perhatian dalam aktiviti merancang. Gaya pemimpin autokratik ini dapat memberi kebaikan kerana keputusan dan aktiviti dapat dilaksanakan dalam masa yang dirancang kerana pemimpin yang pandai mengarah mereka yang pasif. Pemimpin autokratik juga dikenali sebagai mereka yang sangat mementingkan hasil kerja. Maka, pemimpin seperti ini merupakan perancang yang baik dan mampu membahagikan tugas untuk orang bawahan. Kesannya, semua ahli akan lebih jelas dengan tugasan masing-masing. Keburukan gaya kepimpinan ini pula akan menyebakan tekanan yang besar kepada orang bawahan kerana mereka tidak dapat membantah serta tidak difahami.


Selain itu, gaya demokratik. Kebaikan gaya ini dapat dilihat di mana percambahan idea dalam merancang sesuatu dapat berlaku. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi pandangan dan penambahbaikan terhadap rancangan pengetua yang kurang baik. Bukan itu sahaja, hubungan di antara pengetua dan guru dapat dibina melalui perbincangan dan ini mampu mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni di sekolah (Rosnah Abdullah, Mohd Yusoff Mohd Nor & Azlin Norhaini MAnsor,2018). Kekurangan gaya ini pula apabila beban yang berat akan diletak pada bahu pemimpin apabila pemimpin perlu mendengar kesemua suara orang pimpinan dan berkemungkinan wujudnya ‘sense of rejection’ dalam membuat keputusan. Contohnya, guru-guru terpaksa mengambil kira semua pandangan murid-murid untuk berlaku adil dalam pembelajaran. Kesannya guru akan terbeban, pandangan murid yang kurang relevan tidak akan diambil kira dan ini juga akan melambatkan keputusan untuk dibuat.


Seterusnya, gaya kepimpinan laissez faire. Kelebihan kepimpinan ini adalah dapat memberikan peluang kepada orang bawahan merasakan pengalaman seperti pemimpin dalam membuat keputusan. Contohnya pengetua memberi peluang kepada guru untuk mengendali hari sukan atau mana-mana acara lain. Namun begitu, pengetua masih bertanggungjawab dengan kerja guru. Kesannya, guru akan menghargai pengetua dan ini juga mampu membina hubungan kerja yang baik. Kekurangannya pula, pemimpin berkemungkinan menyalahkan orang bawahan apabila sesuatu objektif tidak dikecapi. Bukan itu sahaja, kekurangan dapat dilihat sekiranya ahli pimpinan tidak berkemahiran untuk merancang sesuatu. Akhir sekali adalah gaya kontigensi. Kebaikan gaya ini apabila pemimpin boleh memimpin mengikut keadaan yang berbeza-beza dengan mengambil faktor sosial, tempat ataupun masa. Contohnya, gaya autokratik boleh diguna pakai sekiranya pemimpin ingin cepat menjalankan kerja. . Untuk membina hubungan dengan ahli pula, pemimpin boleh menggunakan gaya demokratik dan menggunakan gaya laissez faire dalam memberi kepercayaan kepada ahli pimpinan untuk memimpin. Manakala keburukan gaya ini memerlukan pemimpin seperti guru untuk sering berfikir dalam menentukan jenis kepimpinan yang perlu diaplikasi dalam setiap situasi. Seandainya kepimpinan yang salah digunakan, objektif tidak akan dicapai.



14 views0 comments

Comments


bottom of page