Pada ruangan ini saya akan menerangkan objektif kajian kes kami iaitu gaya kepimpinan yang disukai oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah. Segala data adalah diambil daripada kaedah soal selidik dan temu bual.
Soal selidik yang dijalankan adalah secara atas talian kepada dua golongan utama yang menjadi sasaran kajian ini melalui Google Form. Golongan sasaran yang pertama adalah golongan guru-guru sekolah. Melalui golongan sasaran ini, kami ingin mengenal pasti jenis kepimpinan yang disenangi oleh para guru daripada pengetua sebagai ketua organisasi. Terdapat 20 orang guru yang menjadi responden Borang Soal Selidik 1. Golongan sasaran yang kedua pula adalah golongan pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan juga pelajar IPTA/s. Melalui golongan pelajar ini, kami ingin mengenal pasti jenis kepimpinan yang mereka senangi daripada guru-guru. Sebanyak 50 responden telah diterima pada Borang Soal Selidik 2. Bagi mencari kepastian objektif kami, kami juga menemu bual dua orang responden yang masing-masing daripada golongan guru dan golongan pelajar.
Melalui borang soal selidik terhadap guru, sebanyak 85% bersamaan 17 orang guru memilih kepimpinan demokratik sebagai jenis kepimpinan yang mereka senangi daripada pengetua dalam organisasi sekolah. Manakala, 15% bersamaan 3 orang guru menyenangi jenis kepimpinan autokratik oleh pengetua sekolah. Melalui 20 orang responden ini, tiada di antara mereka yang memilih jenis kepimpinan laissez faire dan kontigensi. Melalui borang soal selidik terhadap pelajar pula, sebanyak 94% bersamaan 47 orang pelajar memilih kepimpinan demokratik sebagai jenis kepimpinan yang mereka senangi daripada guru. Manakala, 4% bersamaan 2 orang pelajar menyenangi jenis kepimpinan laissez faire dan 2% bersamaan seorang pelajar memilih gaya autokratik.
Seterusnya, temu bual yang dijalankan bersama seorang guru sekolah rendah juga mendapati bahawa beliau menyenangi kepimpinan demokratik. Beliau menyatakan bahawa gaya demokratik menunjukkan bahawa pemimpin bersifat profesional kerana pengetua dapat berinteraksi dan menerima pandangan guru. Hasil temu bual bersama guru menyatakan bahawa gaya demokratik dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni apabila guru merasakan bahawa kehadiran sebagai seorang pekerja diterima dalam sesebuah organisasi. Ini menjadikan tekanan di tempat kerja berkurangan. Hal ini dapat membantu dalam proses pengajaran dengan murid di dalam kelas kerana kurangnya tekanan. Manakala, temu bual dengan pelajar juga menyatakan bahawa beliau menyukai kepimpinan demokratik daripada guru. Hal ini kerana gaya ini melibatkan semua orang yang dipimpin untuk melibatkan diri dalam sesebuah organisasi. Jadi, peluang diberikan kepada semua ahli untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Maka ianya adil untuk semua pihak. Dapat kita simpulkan bahawa kebanyakan guru-guru dan pendidik menyukai jenis kepimpinan demokratik. Maka, jenis kepimpinan ini sewajarnya diaplikasikan oleh pemimpin dalam membentuk organisasi yang lebih efisien dalam melakukan tugas.
Maklum balas guru-guru sekolah
Maklum balas pelajar
Comments